Tuesday, August 19, 2008

Kesan atas kekalahan badminton di sukan olimpik

Kita baru sahaja merayakan kekalahan pasukan badminton negara kita di sukan Olimpik Beijing. Pahit yang yang dialami (bagi sesetengah pihak) di atas kekalahan ini patut dipandang sebagai satu kejayaan. Sudah pasti kalau kemenangan diberikan, segelintir rakyat malaysia akan merasai nikmatnya. Sudah pasti pemain yang berhempas pulas juga akan mendapat manafaatnya. Disamping itu orang-orang sekelilingnya juga akan mendapat habuan, setidak-tidaknya rasa bangga dan kembang punggung. Alhamdullillah perkara ini tidak terjadi, kalau tidak RM 1 juta akan pergi keindividu tertentu sahaja dan yang membayarnya adalah rakyat yang menyoraknya tadi di atas nama penyokong. Selain dari duit cukai yang dipungut kerajaan untuk membayar habuan tersebut, tanpa dia sedari, ia juga perlu membayar astro dan bil elektrik yang telah pun meningkat sekarang.

Kekalahan ini juga adalah rahmah bagi rakyat Malaysia dan ia adalah doa kita semua supaya pembaziran tiadak perlu berlaku lagi.